"Stopcock..Amende tu? Iphone model yang ke 559 yang baru tu ke.." kata si Otak.
"Bukanlahhh...takkan nama Iphong teruk benor bunyinyer. Tak Hi Tec langsung.
Stopcock tu yang macam spana tu bentuknyer." balas Si Gila pula.
"Salah..korang ni takkan tak study. Tula mase Mak suruh study korang pergi main Roblox kat rumah Pakcik Aaronz Azaz. Sekarang ni dah masuk umur senja... stopcock pun tak tau.." kata si Gaduh sambil mengibas-ngibas lalat yang singgah di batang hidungnya. Dah 3 hari tak mandi dek menunggu sungai Selangor bersih dari pencemaran. 3 hari lepas sempat basuh ketiak belah kanan je, belah kiri cuma sembur dengan hand sanitizer.
Otak merasakan dirinya terancam dengan kata-kata Gaduh yang menusuk ke kalbu.
Gaduh ni kalau bab cari pasal memang dialah kepalanya. Jangan main-main dengan Gaduh..Pasal kuih keria yang kemetot yang Makcik Mior Filzah jual tu pun jadi isu. Habis di viralkannya kuih keria orang tua tu. Kesian Acik Mior.. la ni dah tak laku keras kuih keria dia.
"Macam bagus je Gaduh ni. Padahal SPM dapat 9..bukan 9A, sembilan yang tercorot skali" kata Gila di hadapan Gaduh. Berani jugak Si Gila ni menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Tapi suara tu tak kedengaran, kerana dia hanya mampu berkata didalam hati. Takut doh dengan si Gaduh.
Silap haribulan, stopcock tu disumbatkan ke mulut dia. Takut oi..
"Habis tu kalau ko terror sangat bagitaula, share like and subscribe la kat sini ape mende stopcock tu supaya kitaorang berdua ni jadi bijak lepas ni" kata si Gila.
"Gila..sekarang ni internet free dari pukul 8 pagi sampai 6 petang, ko bukak je Youtube, ko tekan link ni. Kat situ ada gambar stopcock, siap ada cara nak pasang lagi" reply Si Gaduh.
"Tapi internet free tu slow nak mamp*s..Aku nak cek BPN Prihatin pun tak lepas" kata Gila yang sudah 2 kali putus tunang.
"Kalau macam tu ko pergi rumah Pakcik kesayangan ko tu, Pokcik Aaronz, dia kan pakai Unifi"
"Ko dah lupe ke, Pokcik Aaronz kan kat spital sekarang, baru balik ceramah politik dari Sabah, dia yang tukang pegang sepanduk undilah Pembaris. Balik dari Sabah tu buat check up kat KKM, positif COVID."
"Makcik Hana Elsa sepupu kepada Pak Long ko tu kan ade internet jugak kan kat rumah dia?" tanya si Gaduh.
"Emmmm..Unifi kat rumah Makcik Hana Elsa dah lama kena potong. Bil Unifi 3 bulan tak bayar.
Dah tu amik package internet VIP mencekik leher sekali dengan saluran TV, tak mampu nak bayar bulan-bulan. Terpaksa berdiet lepas bayar bil Unifi, budget dah lari. La ni takde dah Unifi kat rumah dia."
"Macam ni jela, guna je Iphone 7 plus aku, aku guna Celcom, tapi kadang-kadang line macam siput jugak, kejap 4G kejap-kejap kang tukar 3G, tapi takat nak tengok Youtube pasal stopcock ni bolehlah" kata si Gaduh.
"La..dari tadi kalau ko bagitau kan senang, kalau dah ada saka kedekut tu memang susah nak berubah.."kata si Gila didalam hatinya lagi.
Okey..klik je link ni dan tengoklah Cara Memasang Stopcock sepuas hati korang.
Selamat menonton!
Disclaimer: Cerita dan watak didalam blog ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati.
Sekian.